Ahli Darussyifa Online

Pendaftaran Hanya Utk Ahli Yang Telah Diijazahkan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din SAHAJA

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ahli Darussyifa' Online

Rakaman Bacaan Yasin bersama Tuan Guru 03/10/2011

E-mail Cetak PDF

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Tuan Guru telah bersama-sama kita pada malam tadi untuk menyampaikan kuliah setelah pulang dari San Francisco, USA.

 Bagi yang merindui bacaan Yasin dan Zikir  disini sempat Admin merakamkan bacaan Yasin dan Zikir untuk anda semua.

 Rakaman Perubatan Kumpulan 23 sessi 03/11/11 dan berita terkini dari Tuan Guru boleh diaccess setelah anda login ke laman web ini... (menu login di sebelah kiri). Masa 1 jam sahaja, walaupun sessi sebenar 2 jam (Maaf, setting alat perakam tidak diubah)

 

Bacaan Yasin bersama TGUH   

Zikir bersama TGUH  

 

Sekian, Wassalam 

KEBERANGKATAN PULANG TUAN GURU

E-mail Cetak PDF

 Assalamualaikum dan salam seperguruan, 
Alhamdulillah tuan guru kita dan ktg (kontinjen tuan guru) akan 
berangkat pulang tak lama lagi.Bersyukur kpd Allah krn tuan guru kita 
selamat menjalani rawatan. 
Pada pandangan saya, tuan guru kita yang tersayang adalah manusia 
seperti  kita ; dialah suami kepada siterinya, bapa kpd anak-anaknya, 
datuk kpd cucu-cucunya, adik dan abAng kepada suadara-saudaranya….jadi 
 eloklah kita bagi ruang dan peluang kepada ahli bait tuan guru 
menyambut dan melayannya  terlebih dahulu…tulisan dekna dlm web 
chepokpoknya begitu jelas lagi bersuluh…betapa ‘drastik’nya kita 
merampas waktu2 tuan guru untuk ahli baitnya.Sebagai anak bongsu sudah 
tentu begitu terasa kurang ‘dimanjakan’ dan perhatian oleh bapa kerana 
terpaksa berebut kasih dengan anak-anak bapanya yang bukan dari sulbi 
bapanya.Jadi biarlah seminggu dua ni..tuan guru berehat bersama 
keluarganya dahulu kerana pemergian tuan guru ke californa bukanlah 
utk berbulan madu atau makan angin  tetapi pergi untuk menyambung 
nyawa, dan betapa seusianya ini beliau sudah tentu  beliau bersabung 
nyawa, dan betapa cemasnya ahli baitnya menunggu detik penentuan 
ilahi..hanya qada’ dan kadarNya jualah yang menjadi penentu…! 
Jadi  kita bagilah ruang dan peluang utk beliau berehat bersama ahli 
baitnya barang seminggu dua. 

Tetapi kalau pandangan saya tidak betul, maka datanglah beramai2 
ziarah tuan guru sekembalinya  nanti. 

Sekian, ini hanya sekadar pandangan peribadi saya sahaja dan tidak 
diupah atau dibiayai oleh mana-mana pihak. 

Isyhhhh..aiwat mata aku malam ni tak nak pejam…duk ingat org jauh nak 
balik ke atau minum kopi jantan secawan tadi!. 

Bye no 

1.44 pagi 

 

----------------

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya   
View profile   Translate to English
 More options Sep 27, 7:21 pm

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah. TGUH dan KTG selamat sampai di rumah, disambut dengan home made steak dan home made nasi arab. 

Ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan TGUH.

 

 

=========================  

[MODERATOR]: Ana rasa email ini perlu diketengahkan, sebagai peringatan buat semua...BTW, Tuan Guru telah selamat sampai... semoga beransur sembuh, dapatkan rehat secukupnya dan semoga dapat bersama kita pada masa yang sesuai kelak, Insya Allah..

 

Berita Tuan Guru Akan Menjalani Rawatan Jantung di San Francisco, USA

E-mail Cetak PDF

Assalamualaikum Warahmatullah,

 

Tuan Guru Dato Dr Haron Din telah berlepas ke San Francisco, USA bagi menjalani rawatan jantung beliau pada 10hb September 2011.

Rombongan bersama yang terdiri daripada Isteri tercinta Kak Jah, Dr Azlin, Dr Huda, Hj Najmi dan The Famous Ust Hj Hamdi telah selamat sampai ke USA setelah menempuh perjalanan selama 29jam atau 11,807KM.

Alhamdulillah, walaupun menempuh perjalanan yang memang jauh, cuma sekali sahaja semasa sedang tidur di dalam peawat, telah diserang sakit yang mana telah dapat diredakan dengan GTN Spray.

Dipaparkan gambar terkini untuk tatapan semua

 

 

Menunggu Pesawat...

Tuan Guru sakit, dan hendak menjalani rawatan, jauhnya 11800KM, masih sempat melayani hajat.

Baca Lagi...

Perutusan KHAS Tuan Guru Haron Din - RAMADHAN 1432

E-mail Cetak PDF

Rakaman Perutusan KHAS daripada Tuan Guru 18hb Ogos 2011

 

 

bersambung

Baca Lagi...

Sajak - Guru Ku

E-mail Cetak PDF
Sajak - Guru Ku

Engkaulah permata di pandangan
Lemah tubuhmu lesu kelihatan
Namun semangatmu utuh meyakinkan
Wajahmu bersinar dalam kesakitan

Guruku

Jika dapat kurasai dan dikongsi
Ku tawar diri sebagai galang ganti
Ketabahanmu terpancar walau sakit tidak terkira
Sempit dadaku menahan sebak lara
Hanya Allah tempat mengadu mencurah rasa
Buat guruku yang cekal hati berjiwa angkasa

Guruku

Jasamu pada kami tiada tandingan
Tiada harga sebagai nilaian
Redhai kami ampunkan kesalahan
Semoga Allah kurnia balasan

Guruku

Dirimu yang ku rasakan
Mengenalimu suatu kelebihan
Mendekatimu suatu keindahan
Mencontohimu suatu kepuasan
Keresahanmu suatu igauan
Ceria tawamu suatu kebahagian
Penderitaanmu suatu keperitan
Kesakitanmu suatu kesedihan
Ketabahanmu suatu perjuangan

Guruku

Engkaulah bapa engkau teman
Ajaran, teguran, marahan ku jadikan pedoman
Begitu agung dan tinggi tanda arasmu
Tidak tergapai jejak langkahmu
Namun ku cuba sedaya mampu

Guruku

Budimu menggunung tidak terkira
Seiring bapaku yang memelihara
Engkaulah harta anugerah yang esa
Tidak terbayang jika engkau tiada

Guruku

Terima dan redhakanlah akan hamba
Walau tercalit cacat dan cela
Walau pernah terguris rasa
Walau pernah memendam nestapa

Guruku

Janji setia telah ku lafazkan
Pesananmu padu ku genggam
Ajaranmu ku jadikan warisan
Nama mu akan ku pertahankan

Guruku

Di hari lahirmu aku menyembam
Kepada tuhan sekelian alam
Agar dirimu diberi peliharaan
Buat menyambung tugasan ehsan
Mendidik kami diserata alam

Nukilan rasa
Abu Nasih
Darussyifa' Klinik DS Rawang
No Ahli 0648
18 Ramadhan 1432 / 18 Ogos 2011

pertukaran pusat rawatan

E-mail Cetak PDF

mulai 10 jun pusat rawatan telah menukar operasi ke alamat baru.harap maklum

 

pusat rawatan darussyifa` alor setar

no 299, taman malaysia 05250 alor setar

04-7317244 / 013-2090421

 

waktu rawatan

isnin - 8.00 malam hingga 11.00 malam

khamis - 4.00 ptg hingga 6 petang

jumaat - 9 pagi hingga 12.00 tgh

sabtu - 3 ptg hingga 6 ptg

kunjungi laman : darussyifakedah.wordpress.com

Rakaman Terkini (Kemaskini pada 2.7.2011)

E-mail Cetak PDF

Rakaman Terkini (Kemaskini pada 2.7.2011)

Rakaman Umum
56_Ust Dr Haron Din - Parit Buntar 311203.mp3
57_Koleksi Kuliah Ustaz Dato' Dr Haron Din  Veda Hinduisme.mp3
59_Koleksi Kuliah Ustaz Dato' Dr Haron Din  Mualamat Islam.mp3
Sekian, Terima kasih

(Kumpulan Webmaster Ahlidarussyifa)

Rakaman Terkini (Kemaskini pada 18.6.2011)

E-mail Cetak PDF

Rakaman Terkini (Kemaskini pada 18.6.2011)

Rakaman Umum
52_Koleksi Kuliah Ustaz Dato' Dr Haron Din  Akal Yang Sempurna.mp3
53_Ust Dr Haron Din - Masjid Negeri 031210.mp3
54_ust dr haron din - masjid negeri 070111.mp3
55_ust dr haron din - masjid jamek hj mat saman 060410 akidah islam penyelamat umat.mp3
Sekian, Terima kasih

(Kumpulan Webmaster Ahlidarussyifa)

Muka 3 daripada 10

You are here: