Ahli Darussyifa Online

Pendaftaran Hanya Utk Ahli Yang Telah Diijazahkan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din SAHAJA

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ahli Darussyifa' Online

29_CERAMAH BERGAMBAR (*WMV)_Madrasah_di_Singapura

E-mail Cetak PDF

CERAMAH BERGAMBAR

Forum Perdana Bertajuk Madrasah disampaikan oleh Tuan Guru Ustaz Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus di Singapura.

(Peringatan : File ini mempunyai capasiti yang besar, tuan-tuan digalakkan simpan didalam Hardisk. Ini kerana pendengaran melalui on-line akan memakan masa)

 

29_madrasah-01.wmv

29_madrasah-02.wmv

(Untuk Simpan file -  sila klik kanan dan klik 'Save Target As')

Pihak ingin memohon jutaan kemaafan seandainya berlaku beberapa kelamahan atas rakaman tersebut. Rakaman ini untuk tatapan umum semua pendengar yang mencintakan ilmu.

Sekian, Terima kasih

 

Rakaman Umum Terkini (Kemaskini pada 30.8.2009)

E-mail Cetak PDF

Rakaman Umum Terkini (Kemaskini pada 30.8.2009) iaitu :

21_Jiwa Yang Tenang.mp3

22_Cabaran_perjuangan_islam.mp3

23_Apabila_Ulama_Kena_Gam_Bhg1_Hingga_6.mp3

24_ Anggapan_Umat_Islam.mp3

25_Makhluk_Perosak.mp3

Pihak ingin memohon jutaan kemaafan seandainya berlaku beberapa kelamahan atas rakaman tersebut. Rakaman ini untuk tatapan umum semua pendengar yang mencintakan ilmu.

Sekian, Terima kasih

 

PENGUMUMAN PENTING

E-mail Cetak PDF

PENGUMUMAN PENTING - Penutupan Klinik Darussyifa (Cegah H1N1)

 

BAGI MENCEGAH WABAK PENYAKIT SELSEMA BABI (H1N1) DARIPADA MEREBAK DI KALANGAN ORANGRAMAI YANG MENGUNJUNGI KLINIK DARUSSYIFA'; MAKA DIMAKLUMKAN BAHAWA KLINIK DARUSSYIFA' DI SELURUH MALAYSIA DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU MULAI 12-OGOS-2009. 

KLINIK DARUSSYIFA' DISELURUH MALAYSIA AKAN DIBUKA SEMULA BILA KEADAAN WABAK SELSEMA BABI SEMAKIN REDA. BAGI YANG INGIN MENDAPATKAN RAWATAN SILA HUBUNGI TERUS PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA' SEPERTI BERIKUT;

 

 

Baca Lagi...

Koleksi Rakaman Terkini

E-mail Cetak PDF

Koleksi Rakaman Audio Telah Dikemaskini iaitu :

Kuliah Kumpulan ke 21 - Sehingga 10.08.2009 (Pelajar Berdaftar Sahaja)

Kuliah Fiqhulmanhaji - Sehingga 16.07.2009 (Umum)

Koleksi Doa-Doa - Sehingga Bahagian 12 (Pelajar Berdaftar Sahaja)

Pelajar yang telah diijazahkan perlu mendaftar melalui e-mail kepada administrator untuk mendapatkan rakaman untuk mengulangkaji. 

Sekian, terima kasih.

Kenyataan Penafian

E-mail Cetak PDF

Dukacita dimaklumkan bahawa, dilaporkan ada orang perseorangan yang mendakwa sebagai ahli Darussyifa' telah menggunakan nama YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din untuk mengutip wang bagi mempromosikan Umrah Bulan Ramadan Bersama Tuan Guru.

YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah menafikan perlantikan orang berkenaan. Program Umrah bersama Tuan Guru hanya dikendalikan oleh AJK Darussyifa' dan sebarang urusan hanya melalui pejabat Darussyifa' Bandar Baru Bangi.

Pihak Darussyifa' tidak pernah melantik orang perseorangan atau mana-mana ajensi untuk mengutip atau mempromosikan Program Umrah ini.

Bagi sesiapa yang telah terperdaya atau telah memberikan wang pendahuluan kepada orang perseorangan tersebut, sila laporkan ke Pejabat Darussyifa' dengan menghubungi;

Ustaz Roslan (019-239 8573) atau Ustaz Dr. Abdul Rahmen Derus (019-6490284) Laporan Polis akan dibuat setelah maklumat orang perseorangan itu diperolehi.

Koleksi Rakaman Doa

E-mail Cetak PDF

Untuk memantapkan lagi bacaan doa-doa. Bacaaan secara Audio boleh didengari secara on-line.Sila lawati Koleksi Rakaman Doa Di Rakaman Umum.

(UNTUK AHLI / PELAJAR YANG BERDAFTAR SAHAJA)

Pelajar yang telah diijazahkan perlu mendaftar melalui e-mail kepada administrator untuk mendapatkan rakaman untuk mengulangkaji. 

 

Kursus Pengubatan Islam Cawangan Alor Setar Kali 1

E-mail Cetak PDF

DARUSSYIFA` CAWANGAN ALOR SETAR
D/A : NO 46 TAMAN KELANA,JALAN LANGGAR,
05300 ALOR SETAR KEDAH
013-2090421 @ 013-4690421

PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' CAWANGAN ALOR SETAR DENGAN KERJASAMA PEJABAT MENTERI BESAR KEDAH.
KUMPULAN PERTAMA SESSI 2009/2010
 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 Ogos 2009
TARIKH KULIAH BERMULA : 17 Oktober 2009
TEMPAT KURSUS : DEWAN SERI MENTALON ALOR SETAR .

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;
1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap.


2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan 2 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 30sen, hendaklah diserahkan ke Darussyifa’ Cawangan Alor Setar mengikut tempoh yang tertera di borang tersebut.

4. Yuran Kursus sebanyak RM 700.00 meliputi perkara berikut:
 - yuran ahli Darussyifa` Pusat seumur hidup
 - 2 buah buku perubatan termasuk beg / tanda nama.
 - kuliah sebanyak 15-20 kali selama 1 tahun
 - kelas al-quran/tajwid serta ujian hafazan doa asas perubatan.
 - Sijil ijazah perubatan yang diijazahkan oleh Tuan Guru Dato` Dr Harun Din
 - # Yuran perlu dijelaskan sekurang-kurangnya 50% dan bakinya semasa menghadiri kuliah .


5. Borang boleh didapati dan dihantar mengikut ketetapan di bawah: 
 - Ust. Md Nor: Infadah Ent, Jalan Hutan Kampong : (012-4598404 )
 - Ust Elias : 135K Blok B Tmn Wira Mergong : (017-5593115 )
 - Ust Helmi : Kg 30 Tokai Pendang : ( 019-5970659 )
 - Hj Abdul Kudus : Kg Batu Hampar Pendang : ( 04-7596081 )
 - Ust Najmi:No 3 Jln Rotan Air 1,Tmn Wan Ahmad, Bintong,( 017-4100230)
 - Ust Alawi : No 46 Taman Kelana Jalan Langgar Alor Setar ( 013-2090421)
 - Ust Zahiruddin. Kg Baru, Bt 17 ¼ Jln Kodiang, Jitra ( 019-4945947 )

Pesanan Penting Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

E-mail Cetak PDF
Pesanan Penting Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din 
  
tn guru
Mendoakan orang lain tanpa di ketahui olehnya

Ikhtiar rawatan yang kita lakukan adalah dengan doa-doa dan ia lebih mustajab lagi apabila kita mendoakan mereka sedangkan mereka tidak mengetahui kita mendoakan untuk mereka sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;
 
Mafhumnya: Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Berdosa besar menyembunyikan Ilmu

Mempelajari ilmu pengubatan Islam adalah Fardu Kifayah dan ia dituntut supaya ada di kalangan kelompok masyarakat umat Islam mempelajarinya. Ilmu ini tidak boleh disimpan atau dirahsiakan. Adalah berdosa besar menyembunyikan ilmu sebagaimana di sebut oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabdanya; 

 
Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Mengamalkan Ilmu Perubatan Islam sebagai dakwah

Mempelajari ilmu pengubatan Islam dan mengamalkannya juga merupakan sebahagian daripada dakwah. Dakwah yang paling besar ialah mengajak masyarakat supaya meninggalkan ilmu-ilmu pengubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik yang tidak diakui sah oleh Islam seperti yang diamalkan oleh sebahagian daripada pengamal perubatan tradisional Melayu. 

Perlu mendapat Ilmu terus daripada guru dan diijazahkan

Ilmu pengubatan Islam mesti dipelajari daripada guru secara terus, anak murid seboleh-bolehnya melihat muka tuan guru ketika menerima ilmu tersebut. Kemudian setelah selesai belajar, guru akan mengijazahkan dengan ilmu pengubatan Islam, sebagai tanda tamat belajar.

Jangan meninggalkan amalan Bacaan Asas 10

Saya ingin berpesan walaupun apa yang berlaku, apabila saudara hendak menjadi perawat atau pembantu perawat, menjadi pengajar, menjadi guru atau sebagainya, pesan saya ialah jangan tinggal langsung Bacaan Asas 10 Pertama dan Kedua. Sekurang-kurangnya itu yang saudara hafal dan amalkan. 

Sebab musuh utama kita ialah syaitan dan dia tahu bahawa kita telah belajar ilmu yang boleh menyakiti dia atau tidak menyenangkan dia berada di dalam badan manusia, maka dia dengan sendirinya akan mencari dimana kelemahan yang ada pada kita. 

Sebagai satu misalan orang yang belajar ilmu silat, apabila tidak mengamalkan ilmu silat tersebut, tidak berlatih menggunakan tenaganya, mengayakan balik buah-buah silat yang dipelajarinya maka dengan sendirinya lama kelamaan dia menjadi seperti orang yang tidak belajar juga. Saya menggunakan analogi ini untuk menyatakan bahawa dalam bacaan 10 pertama dan kedua itu terdapat ayat-ayat yang memang digunakan khas untuk membantu manusia bagi mengatasi masalah gangguan makhluk halus. Bila diamalkan selalu, insya-Allah ia menjadi senjata yang boleh digunakan sebagai perlindungan dari gangguan makhluk halus yang cuba merosakkan kita. 

Bersabar menghadapi cubaan dan dugaan

Bila beramal dengan ilmu-ilmu pengubatan Islam ini, saudara pasti akan berjumpa dengan halangan-halangan kerana “Tidak ada suatu yang baik melainkan ada halangannya, itu adalah perkara biasa” kerana Setiap nikmat yang anda perolehi itu, jangan lupa bahawa ada yang mendengkinya seperti disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;
 
Mafhumnya: “Berahsialah ketika melaksanakan keperluan-keperluanmu, kerana sesungguhnya setiap yang mendapatkan nikmat  ada yang hasad (kepadanya)”. 
(Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabrani).

Jangan menetapkan bayaran untuk rawatan

Prinsip kita memberikan rawatan adalah secara percuma, walaupun syariat Islam tidak menghalang kita menerima pemberian daripada pesakit. Janganlah menetapkan bayaran sebelum dan selepas merawat pesakit. Rawatan yang diberikan hendaklah dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. Kita berserah kepada Allah SWT dan membiarkan-Nya memberikan balasan kepada kita. Yang manakah yang lebih baik balasannya? daripada manusia atau daripada Allah SWT? Kita perlu memahami bahawa manusia bersifat kedekut, suka berkira, suka mengungkit, kadang kala sifat manusia ini menyakitkan hati kita. Kita hanya meminta supaya Allah SWT sahaja yang membalas, kerana Dialah sahaja yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi. 

Wajib menyimpan rahsia pesakit

Ketika dirawat, kadangkala pesakit menyebutkan perkara-perkara yang tidak benar dan juga perkara-perkara yang mengaibkan, justeru itu adalah wajib bagi kita merahsiakan cerita-cerita yang diberitahukan kepada kita oleh pesakit. 

Jangan mengatakan “Buatan Orang atau Kena Sihir”

Ketika memberikan rawatan jangan menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau buatan orang. Kita tidak mengetahui semua itu, yang maha mengetahui hanya Allah SWT. Kerana perbuatan begini (mengatakan sebab sihir atau buatan orang) boleh memecah-belahkan sesama ahli keluarga pesakit dan inilah yang sangat disukai oleh syaitan. 

Memberikan harapan kepada pesakit

Sepatutnya kita memberikan harapan kepada pesakit dengan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
 
Mafhumnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

Allah SWT menurunkan setiap penyakit dan Allah juga yang menyediakan ubat bagi setiap penyakit.  Sesuatu penyakit yang dihidapi oleh seseorang adalah salah satu ujian daripada Allah SWT. Ujian tersebut yang sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan rahmat Allah SWT yang diberikan kepada kita adalah sangat besar.

Elakkan daripada menawarkan diri untuk merawat

Kita akan bertemu dengan pelbagai masalah dan kerenah pesakit di dalam masyarakat, jangan menawarkan diri untuk memberikan rawatan sebaliknya berilah rawatan apabila diminta. Ini untuk mengelakkan kita daripada dipersalahkan apabila penyakit itu tidak sembuh atau merebak atau yang lebih buruk daripada itu jika pesakit itu kembali ke rahmatullah.  

Berikhtiar dan berserah kepada Allah SWT.

Semua masalah penyakit, kita hanya merujuk kepada Allah SWT. 
Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah SWT.

Kita hanya berikhtiar untuk membantu mereka, ada usaha kita dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah SWT tangguhkan, yang paling penting kita berikhtiar bersungguh-sungguh dengan ikhlas kerana Allah SWT. 

Jadilah Hamba Allah yang terbaik

Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda;
Hadis 05 
Mafhumnya:Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia  lainnya (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

Saudara perlu mempunyai azam untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Tinggalkanlah segala yang haram dan ambillah yang halal sahaja. Berilah bantuan kepada masyarakat yang datang kepada kita dan memerlukan pertolongan kita.

Muka 10 daripada 10

  • «
  •  Mula 
  •  Sblm 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Seterusnya 
  •  Tamat 
  • »
You are here: