Ahli Darussyifa' Online
Pendaftaran Ahli laman Web PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 28 Januari 2010 14:30

PERINGATAN!!

Kepada semua pengunjung laman web ini. Adalah dimaklumkan bahawa laman web ini adalah dikhaskan untuk kegunaan dan rujukan bagi ahli-ahli Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) sahaja.

 

Bagi anda yang belum menjadi ahli Darussyifa’ silalah lawat laman web umum Darussyifa di http://www.darussyifa.org

Yang dimaksudkan dengan ahli Darussyifa’ di sini ialah, mereka yang telah mengikuti Kuliah Pengubatan Islam di Darussyifa (Pusat & Cawangan-cawangan) dan telah diijazahkan dengan Sijil Pengubatan Islam Darussyifa’.

Bagi mereka yang sedang mengikuti kursus pengubatan Darussyifa’ dan belum diijazahkan lagi adalah belum dikira sebagai ahli Darussyifa’ yang sah.

Laman web ini menyediakan koleksi rakaman kuliah pengubatan yang lepas dan terkini yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Di samping itu disediakan ruangan Forum bagi membolehkan setiap ahli yang mendaftar dengan laman web ini berinteraksi di antara satu sama lain.

 

Hanya ahli Darussyifa' yang mendaftar secara online sahaja dibolehkan untuk mengakses menu "Rakaman Kuliah", "Panduan Rawatan" dan "Ruangan Forum".

Untuk mendaftar silalah gunakan ruangan pendaftaran yang disediakan atau boleh juga KLIK DISINI.

Pihak Administrator tidak akan membalas permohonan yang tidak diluluskan... 

Untuk ahli yang telah diluluskan, anda akan menerima

1 - Email Username dan Password dan

2- Notifikasi pendaftaran anda telah diluluskan

Sekian, terima kasih 

(Team Webmaster Darussyifa')

 

 
Pesanan Penting Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mahadizan   
Rabu, 25 Mac 2009 23:29
Pesanan Penting Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din 
  
tn guru
Mendoakan orang lain tanpa di ketahui olehnya

Ikhtiar rawatan yang kita lakukan adalah dengan doa-doa dan ia lebih mustajab lagi apabila kita mendoakan mereka sedangkan mereka tidak mengetahui kita mendoakan untuk mereka sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;
 
Mafhumnya: Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Berdosa besar menyembunyikan Ilmu

Mempelajari ilmu pengubatan Islam adalah Fardu Kifayah dan ia dituntut supaya ada di kalangan kelompok masyarakat umat Islam mempelajarinya. Ilmu ini tidak boleh disimpan atau dirahsiakan. Adalah berdosa besar menyembunyikan ilmu sebagaimana di sebut oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabdanya; 

 
Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Mengamalkan Ilmu Perubatan Islam sebagai dakwah

Mempelajari ilmu pengubatan Islam dan mengamalkannya juga merupakan sebahagian daripada dakwah. Dakwah yang paling besar ialah mengajak masyarakat supaya meninggalkan ilmu-ilmu pengubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik yang tidak diakui sah oleh Islam seperti yang diamalkan oleh sebahagian daripada pengamal perubatan tradisional Melayu. 

Perlu mendapat Ilmu terus daripada guru dan diijazahkan

Ilmu pengubatan Islam mesti dipelajari daripada guru secara terus, anak murid seboleh-bolehnya melihat muka tuan guru ketika menerima ilmu tersebut. Kemudian setelah selesai belajar, guru akan mengijazahkan dengan ilmu pengubatan Islam, sebagai tanda tamat belajar.

Jangan meninggalkan amalan Bacaan Asas 10

Saya ingin berpesan walaupun apa yang berlaku, apabila saudara hendak menjadi perawat atau pembantu perawat, menjadi pengajar, menjadi guru atau sebagainya, pesan saya ialah jangan tinggal langsung Bacaan Asas 10 Pertama dan Kedua. Sekurang-kurangnya itu yang saudara hafal dan amalkan. 

Sebab musuh utama kita ialah syaitan dan dia tahu bahawa kita telah belajar ilmu yang boleh menyakiti dia atau tidak menyenangkan dia berada di dalam badan manusia, maka dia dengan sendirinya akan mencari dimana kelemahan yang ada pada kita. 

Sebagai satu misalan orang yang belajar ilmu silat, apabila tidak mengamalkan ilmu silat tersebut, tidak berlatih menggunakan tenaganya, mengayakan balik buah-buah silat yang dipelajarinya maka dengan sendirinya lama kelamaan dia menjadi seperti orang yang tidak belajar juga. Saya menggunakan analogi ini untuk menyatakan bahawa dalam bacaan 10 pertama dan kedua itu terdapat ayat-ayat yang memang digunakan khas untuk membantu manusia bagi mengatasi masalah gangguan makhluk halus. Bila diamalkan selalu, insya-Allah ia menjadi senjata yang boleh digunakan sebagai perlindungan dari gangguan makhluk halus yang cuba merosakkan kita. 

Bersabar menghadapi cubaan dan dugaan

Bila beramal dengan ilmu-ilmu pengubatan Islam ini, saudara pasti akan berjumpa dengan halangan-halangan kerana “Tidak ada suatu yang baik melainkan ada halangannya, itu adalah perkara biasa” kerana Setiap nikmat yang anda perolehi itu, jangan lupa bahawa ada yang mendengkinya seperti disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;
 
Mafhumnya: “Berahsialah ketika melaksanakan keperluan-keperluanmu, kerana sesungguhnya setiap yang mendapatkan nikmat  ada yang hasad (kepadanya)”. 
(Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabrani).

Jangan menetapkan bayaran untuk rawatan

Prinsip kita memberikan rawatan adalah secara percuma, walaupun syariat Islam tidak menghalang kita menerima pemberian daripada pesakit. Janganlah menetapkan bayaran sebelum dan selepas merawat pesakit. Rawatan yang diberikan hendaklah dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. Kita berserah kepada Allah SWT dan membiarkan-Nya memberikan balasan kepada kita. Yang manakah yang lebih baik balasannya? daripada manusia atau daripada Allah SWT? Kita perlu memahami bahawa manusia bersifat kedekut, suka berkira, suka mengungkit, kadang kala sifat manusia ini menyakitkan hati kita. Kita hanya meminta supaya Allah SWT sahaja yang membalas, kerana Dialah sahaja yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi. 

Wajib menyimpan rahsia pesakit

Ketika dirawat, kadangkala pesakit menyebutkan perkara-perkara yang tidak benar dan juga perkara-perkara yang mengaibkan, justeru itu adalah wajib bagi kita merahsiakan cerita-cerita yang diberitahukan kepada kita oleh pesakit. 

Jangan mengatakan “Buatan Orang atau Kena Sihir”

Ketika memberikan rawatan jangan menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau buatan orang. Kita tidak mengetahui semua itu, yang maha mengetahui hanya Allah SWT. Kerana perbuatan begini (mengatakan sebab sihir atau buatan orang) boleh memecah-belahkan sesama ahli keluarga pesakit dan inilah yang sangat disukai oleh syaitan. 

Memberikan harapan kepada pesakit

Sepatutnya kita memberikan harapan kepada pesakit dengan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
 
Mafhumnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

Allah SWT menurunkan setiap penyakit dan Allah juga yang menyediakan ubat bagi setiap penyakit.  Sesuatu penyakit yang dihidapi oleh seseorang adalah salah satu ujian daripada Allah SWT. Ujian tersebut yang sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan rahmat Allah SWT yang diberikan kepada kita adalah sangat besar.

Elakkan daripada menawarkan diri untuk merawat

Kita akan bertemu dengan pelbagai masalah dan kerenah pesakit di dalam masyarakat, jangan menawarkan diri untuk memberikan rawatan sebaliknya berilah rawatan apabila diminta. Ini untuk mengelakkan kita daripada dipersalahkan apabila penyakit itu tidak sembuh atau merebak atau yang lebih buruk daripada itu jika pesakit itu kembali ke rahmatullah.  

Berikhtiar dan berserah kepada Allah SWT.

Semua masalah penyakit, kita hanya merujuk kepada Allah SWT. 
Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah SWT.

Kita hanya berikhtiar untuk membantu mereka, ada usaha kita dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah SWT tangguhkan, yang paling penting kita berikhtiar bersungguh-sungguh dengan ikhlas kerana Allah SWT. 

Jadilah Hamba Allah yang terbaik

Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda;
Hadis 05 
Mafhumnya:Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia  lainnya (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

Saudara perlu mempunyai azam untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Tinggalkanlah segala yang haram dan ambillah yang halal sahaja. Berilah bantuan kepada masyarakat yang datang kepada kita dan memerlukan pertolongan kita.
LAST_UPDATED2
 
BUKU SIRI PENGAJIAN PENGUBATAN ISLAM PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 27 Januari 2010 14:54

 BUKU SIRI PENGAJIAN PENGUBATAN ISLAM

 

[Nota: Cetakan Terhad Untuk Ahli & Pelajar Darussyifa’ Sahaja]

 

Unit Penerbitan Darussyifa’ dengan kerjasama Koperasi Darussyifa’ telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk seperti berikut;

 Siri Pengajian Pengubatan Islam (Siri Pertama)

PENGANTAR PENGUBATAN ISLAM


Terbitan awal ini dinamakan Edisi Rintis. Cetakan untuk edisi rintis ini terhad jualannya hanya kepada ahli-ahli Darussyifa’ dan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Kursus Pengajian Pengubatan Islam di Darussyifa’. Buku ini telah mula dijual pada 11 Januari 2010. Edisi untuk masyarakat umum insya’Allah akan diterbitkan dan dijual pada bulan Januari 2011 (Tahun Hadapan).

 

Buku 1 Edisi Rintis
Buku Siri Pengajian Pengubatan Islam ini adalah buku teks baru untuk rujukan pelajar-pelajar dan ahli-ahli Darussyifa’. Buku ini akan diterbitkan dalam 5 siri. Siri kedua insya’Allah akan mula dijual kepada ahli dan pelajar Darussyifa’ pada 8 Febuari 2010.

 

 

Buku teks baru ini telah mula digunakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din untuk pelajar-pelajar Kursus Pengubatan Islam Darussyifa Pusat Kumpulan 22.

 

Buku ini berharga RM20 dan boleh dibeli di Koperasi Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Sila hubungi Tuan Haji Roslan (0192398573) untuk pembelian buku ini.

 

Isi kandungan buku ini adalah seperti berikut;

 

LAST_UPDATED2
Baca Lagi...
 
Pendaftaran Ahli Baru laman Web PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 15 Januari 2010 01:24

Pihak Web Ahlidarussyifa.org telah menerima database keahlian terkini.

Pendaftaran akan diproses dengan lebih terperinci untuk kemudahan semua ahli.

Sila lengkapkan semua maklumat untuk mempermudahkan proses pendaftaran

Sekian, terima kasih

Team Webmaster ahlidarussyifa 

LAST_UPDATED2
 
PENJELASAN ISU ORANG KRISTIAN MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mahadizan   
Jumaat, 08 Januari 2010 10:08
MEMBENARKAN DAN MENYOKONG ORANG KRISTIAN MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH BOLEH MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN

Penjelasan Isu Ini Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
TnGuru dan Laptop 
 
Pada hari Khamis, 7 Januari 2010, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menyampaikan Kuliah Maghrib seperti biasa di Surau Annur Bandar Baru Bangi. Slot Kuliah Feqah pada kali ini digantikan dengan ceramah penerangan tentang isu kalimah Allah yang digunakan oleh orang Kristian.

Penerangan oleh Tuan Guru ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu;


1. Apakah alasan dan hujjah yang boleh menyebabkan orang Islam menjadi kufur jika membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah sebagai mengantikan perkataan GOD. 

2. Apakah akibatnya jika kita orang Islam membenarkan dan menyokong orang Kristien menggunakan kalimah Allah sebagai nama tuhan mereka.

3. Apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang apabila orang Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah sebagai nama tuhan mereka.

4. Tuan Guru menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.

Untuk mendengar penjelasan ini sila muat turun rakaman kuliah ini seperti di link berikut. Audio rakaman ini telah dibahagikan mengikut bahagian yang diterangkan di atas.





LAST_UPDATED2
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 Seterusnya > Tamat >>

Muka 1 daripada 5
Ahli Darussyifa' Online, Powered by Joomla!; Joomla templates by SG web hosting